Rabu, 17 November 2010

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PERWIRA

Sekolah Kebangsaan Perwira telah dibina pada awal tahun 1999 di atas tanah seluas 9.8 ekar di KM 5 Jalan Changkat Jong ( Teluk Intan Ke Bidor ). Kawasan ini juga terletak berhampiran dengan Hospital Daerah Teluk Intan. Pembinaannya adalah di bawah kawalan dan seliaan Jabatan Kerjaraya Hilir Perak dan pelaksanaannya dibuat oleh Syarikat Hari Corporation Sdn. Bhd. Teluk Intan. Kos pembinaannya sebanyak RM 1.6 juta.

Faktor Pembinaan sekolah ini adalah untuk membantu dan memberi kemudahan belajar dengan lebih selesa dan selamat kepada anak-anak di kawasan-kawasan seperti:

Taman Cicely
Taman Ikhlas
Taman Cahaya
Taman Melur
Taman Cluster
Taman Cicely Jaya
Taman Panglima
Taman Anggerik
Taman Muhibbah
Kuarters Hospital Teluk Intan

Sebelum ini kanak-kanak dari kawasan yang tersebut di atas terpaksa dihantar oleh ibu bapa/penjaga mereka belajar di sekolah yang berada di daerah Teluk Intan seperti:

SK Sultan Idris II
SK Convent
SK Perempuan Methodist
SK Seri Intan
SK St. Anthony

Semua sekolah tersebut terletak di kawasan Bandar Teluk Intan di mana murid-murid dari kawasan berkenaan terpaksa berulang-alik dalam keadaan jalan raya yang sentiasa sibuk, kos pengangkutan yang tinggi dan berada di sekolah yang tinggi enrolmen muridnya.

Berdasarkan faktor di atas Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendirikan sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Perwira. Sekolah ini mula beroperasi pada 7 Januari 2002 yang mana murid-muridnya yang mendaftar berjumlah 150 orang (sebanyak 6 kelas). Pada mulanya, Jabatan Pendidikan Perak telah melantik "caretaker" seramai 3 orang iaitu:
1) En. Mohd Nazri Bin Kamaruddin
2) En. Muhammad Halili Bin Mohd Isa
3) Pn. Norsiah Bt. Ariffin

Pada 16 Ogos 2002, En. Sabri Bin Perngis ( Penyelia KBSR Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak) telah dilantik sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Perwira. Beliau bersara wajib pada 26 Disember 2003.

Pada 27 Disember 2003, Tn. Hj. Nazirudin Bin Hj. Hambali (Guru Besar SK Rungkup, Selekoh) dilantik sebagai Guru Besar yang baru di Sekolah Kebangsaan Perwira. Setelah berkhidmat selama 2 tahun di Sekolah Kebangsaan Perwira beliau telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia.

Bermula Disember 2005, Sekolah Kebangsaan Perwira telah dikemudikan oleh Guru Besar yang baru iaitu Pn. Hajah Maimunah Bt. Abd. Ghani. Beliau adalah Guru Besar Methodist Girl School Teluk Intan, Perak.

Kini Sekolah Kebangsaan Perwira diterajui oleh Tn. Hj. Hamzah Bin Ahmad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan