Isnin, 13 Oktober 2014

Rabu, 8 Oktober 2014

SELAMAT BERTUGAS CIKGU!



Pn. Hjh. Norlian bt. L. Abdullah
Guru Besar SK Perwira

Selamat datang cikgu! Warga SK Perwira ingin mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Guru Besar yang baharu, Pn. Hjh. Norlian bt. L. Abdullah ke SK Perwira.

Beliau akan mulakan tugasnya yang pertama di sekolah ini pada 2 Oktober 2014 (Khamis) sebagai seorang Guru Besar baru yang ke-6, menggantikan Mantan Guru Besar Pn. Hjh Noora bt. Bustanuddin yang tamat perkhidmatannya di sini pada 27 Jun 2014 lepas kerana bersara.


Sekali lagi, kami mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Pn. Hjh. Norlian bt. L. Abdullah Mudah-mudahan beliau dapat mengemudi SK Perwira ke mercu kecemerlangan.

Khamis, 14 Ogos 2014

HARI KEMERDEKAAN 2014 KE 57

Gambar logo dan tema hari Kemerdekaan Malaysia 2014 kali ke 57. Slogan “Malaysia, Disini Lahirnya Sebuah Cinta” merupakan tema rasmi Sambutan Hari Merdeka 2014 di negara ini. Tema itu dipetik daripada lirik lagu “Warisan” yang pernah dipopularkan Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Maksud tema itu juga akan memberikan kesan mendalam dan lahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati semua rakyat Malaysia.
Tema Hari Kemerdekaan 2014 Ke 57
“Malaysia, Disini Lahirnya Sebuah Cinta”
Gambar Logo Hari Kemerdekaan 2014 Ke 57




Sumber: Gambar Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan 2014 Ke 57 | melvister.com