Khamis, 11 November 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

Akhirnya segala persoalan telah terjawab. Guru Besar membawa pulang perkhabaran gembira apabila pulang dari PPD Hilir Perak kira-kira pukul 11.00 pg tadi. Seramai 7 orang murid telah berjaya mendapat 5A antaranya:

Dari kiri :
  1. Mohd Dzulfadhli
  2. Anis Najihah
  3. Mastura
  4. Nuraliyah
  5. Siti Nurfarhani
  6. Aniq Afifie
  7. Nur Zurairah (Tiada dalam gambar)



Antara gambar-gambar yang sempat dirakam...









 Secara keseluruhannya, pencapaian tahun ini menunjukkan sedikit peningkatan berbanding tahun lepas. Tahniah diucapkan kepada semua murid, guru serta seluruh warga SK Perwira atas pencapaian yang cemerlang ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan