UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI.... http://kssr.bpk.my/
Isnin, 22 Oktober 2012
Selasa, 16 Oktober 2012
PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH DAERAH HILIR PERAK
oooTahniah buat Kelompok 2 yang telah menjuarai Pertandingan Tarian Peringkat Daerah Hilir Perak 2012. Pertandingan ini telah diadakan di Dewan SK Perwira pada15 Oktober 2012.
Isnin, 8 Oktober 2012
PERTANDINGAN KANTIN BERSIH 2012
Selamat datang dan selamat menjalankan tugas diucapkan. Warga Sk Perwira mengalu-alukan kehadiran tuan/puan.
Isnin, 10 September 2012
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2012
Warga SK Perwira mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR 2012 kepada semua murid tahun 6. Semoga segala ilmu yang telah dicurahkan akan memberi manfaat kepada anda. Selamat Maju Jaya!
Jumaat, 27 Julai 2012
PENYERAHAN SLIP PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR
Aktiviti penyerahan slip keputusan UPSR kepada ibu bapa dilakukan di kelas masing-masing bermula jam 10.30 pagi. Aktiviti ini dikendalikan oleh guru kelas masing-masing.
Khamis, 12 Julai 2012
PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2012
Semua murid tahun 6 SK Perwira telah mula menduduki peperiksaan percubaan UPSR sejak semalam. Semoga segala ilmu yang telah dicurahkan oleh guru dapat diterjemahkan dalam kertas jawapan masing-masing. Selamat Maju Jaya!
Selasa, 10 Julai 2012
Isnin, 9 Julai 2012
PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR ANJURAN SMP & UTUSAN MALAYSIA
Tahniah diucapkan buat semua murid yang telah mengikuti program selama dua hari ini. Terima kasih diucapkan buat barisan penceramah, guru-guru serta petugas-petugas yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini.
Semoga program yang amat bermanfaat ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Berikut adalah antara detik-detik bermakna yang sempat dirakamkan lensa jurugambar amatur yang bertugas.
Semoga program yang amat bermanfaat ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Berikut adalah antara detik-detik bermakna yang sempat dirakamkan lensa jurugambar amatur yang bertugas.
Sabtu, 7 Julai 2012
PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK SMP & UTUSAN MALAYSIA
Kerjasama SMP-Utusan Malaysia jayakan Program Kecemerlangan Akademik

Noraini Nordin (tengah) menyerahkan borang kerjasama kepada Wahid Hashim sambil diperhatikan wakil-wakil Sekretariat Malaysia Prihatin dan Utusan Malaysia pada Majlis Menandatangani Dokumen Kerjasama antara kedua-dua belah pihak di Sekretariat Malaysia Prihatin, Phileo Damansara, Petaling Jaya, kelmarin.
PETALING JAYA 26 Jun - Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) menandatangani dokumen kerjasama dengan Utusan Melayu (M) Berhad bagi menjayakan Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi yang akan diadakan bermula Julai ini.
Pengurus Besar SMP, Noraini Nordin berkata, program anjuran SMP yang akan dibantu sepenuhnya oleh Portal Pendidikan, Utusan Malaysia itu disasarkan kepada pelajar yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
"Kerjasama ini merupakan usaha yang bermatlamat mempertingkatkan pencapaian akademik para pelajar sederhana namun berpotensi untuk cemerlang dalam peperiksaan terutamanya pelajar kurang berkemampuan dari kawasan luar bandar di sekolah-sekolah terpilih dari Perak, Negeri Sembilan, Kelantan dan Pulau Pinang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis menandatangani dokumen kerjasama antara SMP dan Utusan Malaysia di ibu pejabat SMP di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarang Portal Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim dan juga pakar motivasi, Dr. Ismail Zain.
Menurut Noraini, program yang akan bermula pada Julai hingga September tahun ini bakal melibatkan 300 sekolah rendah dan menengah dari 11 lokasi dengan penyertaan kira-kira 2,500 pelajar secara keseluruhannya.
"Program sehari bagi setiap lokasi itu disusun dengan pelbagai pengisian seperti sesi motivasi bersama Ismail, teknik menjawab soalan peperiksaan bagi subjek pilihan UPSR, PMR dan SPM serta sesi susulan bersama sekolah menerusi bengkel dan bahan atas talian.
"Selain itu, para pelajar yang terlibat juga berpeluang bertemu para pelukis dari Utusan Malaysia pada sesi 'Bersama Geng Melukis' yang turut akan diadakan sempena program tersebut," ujarnya.
Katanya, penganjuran Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi SMP itu diharap dapat memberi peluang kepada pelajar yang terlibat untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang akademik serta cemerlang dalam peperiksaan.
"Program tersebut juga diharap mampu memberi faedah kepada pelajar yang terlibat serta membantu mereka mendapatkan pendidikan terbaik sama seperti pelajar lain yang berkemampuan," jelasnya.
Antara sekolah yang terlibat bagi program itu termasuklah Sekolah Kebangsaan (SK) Ketereh, SK Jimah Baru, SK Perwira, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kok Lanas, SMK Kampung Chengal, SMK Datuk Muhammad Yusof dan SMK Sultan Abdullah.
(Artikel ini dipetik daripada Utusan Online pada 27/6/2012)
(Artikel ini dipetik daripada Utusan Online pada 27/6/2012)
Langgan:
Catatan (Atom)
