Khamis, 2 Februari 2012

SK PERWIRA TERUSKAN RENTAK KEMENANGAN

Alhamdulillah berkat kesungguhan dan semangat juang yang tinggi, Nur Hakimin b. Satar telah berjaya mencatatkan kejayaan berganda apabila menjadi juara dalam acara perseorangan lelaki di Kejohanan Badminton MSSPk Daerah Hilir Perak tahun 2012 semalam.






Sebelum ini,beliau telah menjadi johan dalam pertandingan peringkat kelompok 2. Warga SK Perwira amat berbangga atas kejayaan ini dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau. Semoga rentak kemenangan ini akan diteruskan semasa kejohanan peringkat negeri nanti.
Syabas dan selamat maju jaya diucapkan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan