Selasa, 11 Januari 2011

KEMPEN 'HARI TANPA BEG PLASTIK'

Jangan ketinggalan!!!
Segera dapatkan 'beg dunia hijau'
dari kedai buku SK Perwira.


























Ada 4 pilihan warna
yang menarik (hijau, oren, biru, merah).
Harganya hanya RM 3.00 sahaja.
Kenapa anda perlu mendapatkannya???






  















    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan telah melancarkan kempen “Hari Tanpa Beg
Plastik”di peringkat kebangsaan.
    Semua pasar raya besar, pasar raya dan stesen minyak
tidak akan memberi beg plastik secara percuma pada setiap
hari Sabtu.

    Dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan kegunaan
beg plastik, orang ramai perlu membayar 20 sen bagi setiap
beg plastik apabila mereka membeli belah pada hari Sabtu
di pasar raya besar, pasar raya dan stesen minyak Petronas.

   Jumlah wang yang dikutip daripada penjualan beg plastik
ini akan disalur kepada dana untuk kebaikan alam sekitar
dan komuniti.
   Walau bagaimanapun, penduduk di Pulau Pinang perlu
membayar  20 sen untuk setiap beg plastik setiap hari
apabila dasar “Hari Tanpa Beg Plastik” Kerajaan Pulau
Pinang dilaksanakan bermula pada 1 Januari 2011

   Semua pasar raya besar, pasar raya, farmasi, restoran
makanan segera, restoran nasi kandar serta stesen minyak
perlu melaksanakan kempen “Tiap-tiap Hari Mengurangkan
Beg Plastik”. 

   Dasar hari tanpa beg plastik percuma dapat mendorong
orang ramai memikir tentang alam sekitar apabila mereka
membeli belah.

   Secara purata, setiap orang menggunakan 8 beg plastik
setiap minggu. Kebanyakan beg plastik ini tidak digunakan
semula. Jika beg plastik dibuang, ia memerlukan 500 tahun
untuk diuraikan. Ini merupakan satu beban kepada bumi.

    Menurut kajian, penduduk Malaysia memboroskan
sebanyak 163 bilion bahan yang dapat dikitar semula
dalam masa dua tahun. Jika semua bahan ini diguna atau
dikitar semula, ia membawa manfaat yang besar  kepada
penduduk dan alam sekitar di Malaysia.

     Di samping itu, plastik dan polistrena merupakan bahan
yang tidak dapat berurai secara semula jadi. Jadi pengurangan
kegunaan polistrena merupakan satu cara yang dapat menjaga
alam sekitar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan