Selasa, 28 Jun 2011

SELAMAT DATANG PN NOORA BT BUSTANUDDIN

Tanggal 16 Jun 2011 telah terlakar satu lagi sejarah buat SK Perwira apabila menerima guru besar yang baharu bagi menggantikan Tn Hj Hamzah bin Ahmad yang telah bersara pada 11 Jun 2011. Penggantinya ialah Pn Noora bt Bustanuddin iaitu mantan Guru Besar SK Sungai Kerawai. Warga SK Perwira amat mengalu-alukan kehadiran puan ke sekolah ini. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan.




Jumaat, 27 Mei 2011

MAJLIS LAMBAIAN KASIH

Majlis Lambaian Kasih adalah majlis yang telah diadakan bagi meraikan persaraan Guru Besar SK Perwira, Tn Hj Hamzah bin Ahmad yang akan bersara pada 11 Jun 2011. Oleh sebab pada tarikh tersebut sekolah bercuti, maka majlis ini di awalkan sedikit iaitu pada 26 & 27 Mei 2011 supaya semua warga SK Perwira dapat meraikan dan memeriahkan lagi majlis ini. Pelbagai aktiviti telah disusun untuk menjayakan majlis ini. Semoga majlis yang akan diadakan nanti berlangsung dengan jayanya.
Selamat Bersara Cikgu!

HARI GURU 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat SK Perwira telah diadakan pada 16 Mei 2011 dengan jayanya. Pada edisi kali ini, kemeriahan sambutan begitu terasa ditambah pula dengan kehadiran Guru Besar SK Perwira, Tn Hj Hamzah walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang baik.Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti sukaneka, persembahan murid, lafaz ikrar dan sebagainya.

Rabu, 20 April 2011

HARI KELUARGA SK PERWIRA 2011

      Kelab BAKA SK Perwira telah menganjurkan hari keluarga di Marina Cove, Teluk Batik pada 18 & 19 April 2011. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program ini seperti barbeku, sukaneka, cabutan bertuah dan lain-lain lagi. Kehadiran peserta yang sangat menggalakkan turut memeriahkan lagi hari keluarga kali ini. Semoga aktiviti-aktiviti yang telah diadakan ini berjaya mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara ahli kelab dan keluarga. Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang telah berusaha dengan gigih untuk menjayakan aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini.

Isnin, 28 Mac 2011

UJIAN PENGESANAN 1 TAHUN 2011

Semua warga SK Perwira dari tahun 1 hingga 6 akan menghadapi peperiksaan yang dikenali sebagai Ujian Pengesanan 1 Tahun 2011 pada 29/3/2011 sehingga 31/3/2011. Selamat berjaya diucapkan buat semua!

Selasa, 15 Februari 2011

PERTANDINGAN BOLA BALING MSSPk KELOMPOK 2 HILIR PERAK 2011

Pada 9 & 10 Febuari 2011 yang lalu telah berlangsung Pertandingan Bola Baling MSSPk Kelompok 2 Daerah Hilir Perak di SK Kampung Bahagia. Pasukan bola baling SK Perwira telah mengambil bahagian dalam kedua-dua kategori yang dipertandingkan iaitu lelaki dan perempuan.


Alhamdulillah, pasukan lelaki telah berjaya menjadi johan setelah berjaya memenangi kesemua perlawanan peringkat kumpulan sehinggalah perlawanan akhir. Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah berusaha dengan gigih. Tidak dilupakan sekalung penghargaan buat pentadbir SK Perwira, guru-guru bola baling (En. Zulkarnain, En. Azmin, Pn. Fatizah & Pn. Nurazurawati) yang telah berkorban masa dan tenaga serta guru-guru yang turut turun padang menyokong pasukan SK Perwira.


Semoga pasukan SK Perwira akan meneruskan rentak kemenangan ini di pertandingan peringkat daerah nanti.InsyaAllah....