Selasa, 15 Februari 2011

PERTANDINGAN BOLA BALING MSSPk KELOMPOK 2 HILIR PERAK 2011

Pada 9 & 10 Febuari 2011 yang lalu telah berlangsung Pertandingan Bola Baling MSSPk Kelompok 2 Daerah Hilir Perak di SK Kampung Bahagia. Pasukan bola baling SK Perwira telah mengambil bahagian dalam kedua-dua kategori yang dipertandingkan iaitu lelaki dan perempuan.


Alhamdulillah, pasukan lelaki telah berjaya menjadi johan setelah berjaya memenangi kesemua perlawanan peringkat kumpulan sehinggalah perlawanan akhir. Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah berusaha dengan gigih. Tidak dilupakan sekalung penghargaan buat pentadbir SK Perwira, guru-guru bola baling (En. Zulkarnain, En. Azmin, Pn. Fatizah & Pn. Nurazurawati) yang telah berkorban masa dan tenaga serta guru-guru yang turut turun padang menyokong pasukan SK Perwira.


Semoga pasukan SK Perwira akan meneruskan rentak kemenangan ini di pertandingan peringkat daerah nanti.InsyaAllah....

Jumaat, 28 Januari 2011

PERTANDINGAN KRIKET MSSPk DAERAH HILIR PERAK 2011

Pada 27 Januari 2011 telah berlangsung Pertandingan Kriket MSSPk Daerah Hilir Perak 2011 di padang SM Sains Teluk Intan, Perak. Sebanyak 3 buah sekolah telah mengambil bahagian iaitu SK Kampong Bahagia, SK Perwira dan SK Tebuk Banjar. Alhamdulillah, pasukan kriket SK Perwira telah berjaya mendapat tempat kedua untuk tahun yang kedua berturut-turut. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Selasa, 11 Januari 2011

KEMPEN 'HARI TANPA BEG PLASTIK'

Jangan ketinggalan!!!
Segera dapatkan 'beg dunia hijau'
dari kedai buku SK Perwira.


























Ada 4 pilihan warna
yang menarik (hijau, oren, biru, merah).
Harganya hanya RM 3.00 sahaja.
Kenapa anda perlu mendapatkannya???






  















    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan telah melancarkan kempen “Hari Tanpa Beg
Plastik”di peringkat kebangsaan.
    Semua pasar raya besar, pasar raya dan stesen minyak
tidak akan memberi beg plastik secara percuma pada setiap
hari Sabtu.

    Dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan kegunaan
beg plastik, orang ramai perlu membayar 20 sen bagi setiap
beg plastik apabila mereka membeli belah pada hari Sabtu
di pasar raya besar, pasar raya dan stesen minyak Petronas.

   Jumlah wang yang dikutip daripada penjualan beg plastik
ini akan disalur kepada dana untuk kebaikan alam sekitar
dan komuniti.
   Walau bagaimanapun, penduduk di Pulau Pinang perlu
membayar  20 sen untuk setiap beg plastik setiap hari
apabila dasar “Hari Tanpa Beg Plastik” Kerajaan Pulau
Pinang dilaksanakan bermula pada 1 Januari 2011

   Semua pasar raya besar, pasar raya, farmasi, restoran
makanan segera, restoran nasi kandar serta stesen minyak
perlu melaksanakan kempen “Tiap-tiap Hari Mengurangkan
Beg Plastik”. 

   Dasar hari tanpa beg plastik percuma dapat mendorong
orang ramai memikir tentang alam sekitar apabila mereka
membeli belah.

   Secara purata, setiap orang menggunakan 8 beg plastik
setiap minggu. Kebanyakan beg plastik ini tidak digunakan
semula. Jika beg plastik dibuang, ia memerlukan 500 tahun
untuk diuraikan. Ini merupakan satu beban kepada bumi.

    Menurut kajian, penduduk Malaysia memboroskan
sebanyak 163 bilion bahan yang dapat dikitar semula
dalam masa dua tahun. Jika semua bahan ini diguna atau
dikitar semula, ia membawa manfaat yang besar  kepada
penduduk dan alam sekitar di Malaysia.

     Di samping itu, plastik dan polistrena merupakan bahan
yang tidak dapat berurai secara semula jadi. Jadi pengurangan
kegunaan polistrena merupakan satu cara yang dapat menjaga
alam sekitar.

Selasa, 4 Januari 2011

SESI PERSEKOLAHAN 2011 BERMULA...

Warga SK Perwira telah memulakan sesi persekolahan 2011 pada hari Isnin, 3/1/2011. Diharapkan pada tahun ini lebih banyak kejayaan yang bakal dikecapi oleh seluruh warga SK Perwira. Marilah sama-sama merealisasikan azam baru demi kecemerlangan SK Perwira. InsyaAllah...

Sabtu, 1 Januari 2011

PENDAFTARAN MURID PRASEKOLAH & TAHUN 1 SESI 2011






KEJAYAAN SEKOLAH

Pencapaian Sepanjang Tahun 2010

Akademik
1. UPSR - 8 orang murid mendapat 5A

Ko-Kurikulum
1. Bola Sepak - Naib Johan Kelompok 2
2. Bola Baling - Tempak Ketiga Kelompok 2
3. Olahraga - 1 Perak, 2 Gangsa MSSPk Kelompok 2
4. Memanah - Ketiga Peringkat Kebangsaan

Khamis, 18 November 2010

MEMORI SEMALAM

Majlis Perpisahan En. Mohd Nazri B. Kamaruddin

En. Mohd Nazri menerima hadiah daripada Tn. Hj. Hamzah

Tawa dalam duka...


Majlis Perpisahan En. Mohd Halili dan Pn Rosnah

Pn Rosnah ( Mantan PK Koko)

En. Mohd Halili (Mantan PK HEM)

Masih boleh tersenyum....

Sepatah dua kata....



Guru-guru yang telah bertukar.







PERISTIWA @ SK PERWIRA

Selasa 1.3.11
SK Perwira menjadi penganjur Pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah Hilir Perak bertempat di SMK Seri Perak.

Rabu - Jumaat 23.2.11 - 25.2.11
Menyertai Pertandingan Olahraga MSSPk Peringkat Kelompok 2

Rabu 23.2.11
Program Anti Merokok Anjuran UNIKL

Jumaat
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Isnin 24.1.11
Pelancaran Program 4K (Kebersihan, Keceriaan, Keselamatan & Kesihatan)

Rabu 12.1.11
Pn Haslinda Bt Md Pee telah kembali bertugas di SK Perwira setelah cuti bersalin.
Selamat bertugas!!!

Selasa 11.1.11
Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu & Panitia Bahasa Inggeris
Seorang murid tahun 3 Sk Perwira iaitu Sarvin telah ditimpa kemalangan jalan raya.

Isnin 3.1.11
Sesi persekolahan 2011 bermula.
Cik Nor Aqilah melapor diri di SK Perwira.

Jumaat 31.12.10
Pendaftaran murid prasekolah & murid tahun 1 sesi persekolahan 2011

Khamis 30.12.10
Mesyuarat Jawatankuasa Induk HEM & Ko-Kurikulum

Rabu 29.12.10
Mesyuarat Guru & Jawatankuasa Induk Kurikulum

Jumaat 19.11.10
Hari terakhir persekolahan tahun 2010
Pemilihan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber & Pembimbing Rakan Sebaya Sesi 2011

Rabu 17.11.10
Cuti Hari Raya AidilAdha

Selasa 16.11.10
Hari Anugerah Cemerlang 2010

Isnin 15.11.10
Raptai Hari Anugerah Cemerlang

Isnin 15.11.10
Pn Haslinda Md. Pee telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Tahniah!!!

Rabu, 17 November 2010

HUBUNGI KAMI

SEKOLAH KEBANGSAAN PERWIRA
KM 5, Jalan Changkat Jong, 36000 Teluk Intan, Perak

ABA 5077

No Tel    : 05-6237800
No Faks  : 05-6237801

SAMBUTAN HARI GURU 2010

Sambutan Hari Guru 2010