Khamis, 5 Julai 2012

KEJORA 2012

                Terima kasih buat semua pihak yang telah menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-11/2012. Pada tahun ini kejohanan sukan telah diadakan bermula pada 26/6/2012 sehingga 28/6/2012. Tidak ada banyak perubahan dari segi acara-acara yang dipertandingkan berbanding tahun lalu. 


                
                Namun begitu, kemeriahannya jelas tergambar apabila melihat baju sukan yang beraneka warna mengikut warna rumah masing-masing. Tambahan pula, murid-murid telah mengambil bahagian dengan penuh semangat kesukanan. 



                Tahniah diucapkan kepada Rumah Laksamana (Biru) kerana telah berjaya muncul sebagai juara baru Kejora 2012 sekaligus menghampakan saingan sengit johan perbarisan iaitu Rumah Panglima (Merah) dan juara bertahan Rumah Temenggung (Hijau). Rumah Bendahara (Kuning) turut menunjukkan peningkatan walaupun masih menghuni tangga tercorot.Syabas diucapkan buat semua!



Selasa, 15 Mei 2012

HARI GURU 2012


Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)


Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

ulang c/o x2


Isnin, 5 Mac 2012