Majlis Lambaian Kasih adalah majlis yang telah diadakan bagi meraikan persaraan Guru Besar SK Perwira, Tn Hj Hamzah bin Ahmad yang akan bersara pada 11 Jun 2011. Oleh sebab pada tarikh tersebut sekolah bercuti, maka majlis ini di awalkan sedikit iaitu pada 26 & 27 Mei 2011 supaya semua warga SK Perwira dapat meraikan dan memeriahkan lagi majlis ini. Pelbagai aktiviti telah disusun untuk menjayakan majlis ini. Semoga majlis yang akan diadakan nanti berlangsung dengan jayanya.
Selamat Bersara Cikgu!
Jumaat, 27 Mei 2011
HARI GURU 2011
Sambutan Hari Guru Peringkat SK Perwira telah diadakan pada 16 Mei 2011 dengan jayanya. Pada edisi kali ini, kemeriahan sambutan begitu terasa ditambah pula dengan kehadiran Guru Besar SK Perwira, Tn Hj Hamzah walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang baik.Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti sukaneka, persembahan murid, lafaz ikrar dan sebagainya.
Rabu, 20 April 2011
HARI KELUARGA SK PERWIRA 2011
Kelab BAKA SK Perwira telah menganjurkan hari keluarga di Marina Cove, Teluk Batik pada 18 & 19 April 2011. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program ini seperti barbeku, sukaneka, cabutan bertuah dan lain-lain lagi. Kehadiran peserta yang sangat menggalakkan turut memeriahkan lagi hari keluarga kali ini. Semoga aktiviti-aktiviti yang telah diadakan ini berjaya mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara ahli kelab dan keluarga. Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang telah berusaha dengan gigih untuk menjayakan aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini.
Isnin, 28 Mac 2011
UJIAN PENGESANAN 1 TAHUN 2011
Semua warga SK Perwira dari tahun 1 hingga 6 akan menghadapi peperiksaan yang dikenali sebagai Ujian Pengesanan 1 Tahun 2011 pada 29/3/2011 sehingga 31/3/2011. Selamat berjaya diucapkan buat semua!
Selasa, 15 Februari 2011
PERTANDINGAN BOLA BALING MSSPk KELOMPOK 2 HILIR PERAK 2011
Pada 9 & 10 Febuari 2011 yang lalu telah berlangsung Pertandingan Bola Baling MSSPk Kelompok 2 Daerah Hilir Perak di SK Kampung Bahagia. Pasukan bola baling SK Perwira telah mengambil bahagian dalam kedua-dua kategori yang dipertandingkan iaitu lelaki dan perempuan.
Alhamdulillah, pasukan lelaki telah berjaya menjadi johan setelah berjaya memenangi kesemua perlawanan peringkat kumpulan sehinggalah perlawanan akhir. Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah berusaha dengan gigih. Tidak dilupakan sekalung penghargaan buat pentadbir SK Perwira, guru-guru bola baling (En. Zulkarnain, En. Azmin, Pn. Fatizah & Pn. Nurazurawati) yang telah berkorban masa dan tenaga serta guru-guru yang turut turun padang menyokong pasukan SK Perwira.
Semoga pasukan SK Perwira akan meneruskan rentak kemenangan ini di pertandingan peringkat daerah nanti.InsyaAllah....

Jumaat, 28 Januari 2011
PERTANDINGAN KRIKET MSSPk DAERAH HILIR PERAK 2011
Pada 27 Januari 2011 telah berlangsung Pertandingan Kriket MSSPk Daerah Hilir Perak 2011 di padang SM Sains Teluk Intan, Perak. Sebanyak 3 buah sekolah telah mengambil bahagian iaitu SK Kampong Bahagia, SK Perwira dan SK Tebuk Banjar. Alhamdulillah, pasukan kriket SK Perwira telah berjaya mendapat tempat kedua untuk tahun yang kedua berturut-turut. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Selasa, 11 Januari 2011
KEMPEN 'HARI TANPA BEG PLASTIK'
|
Selasa, 4 Januari 2011
SESI PERSEKOLAHAN 2011 BERMULA...
Warga SK Perwira telah memulakan sesi persekolahan 2011 pada hari Isnin, 3/1/2011. Diharapkan pada tahun ini lebih banyak kejayaan yang bakal dikecapi oleh seluruh warga SK Perwira. Marilah sama-sama merealisasikan azam baru demi kecemerlangan SK Perwira. InsyaAllah...
Sabtu, 1 Januari 2011
KEJAYAAN SEKOLAH
Pencapaian Sepanjang Tahun 2010
Akademik
1. UPSR - 8 orang murid mendapat 5A
Ko-Kurikulum
1. Bola Sepak - Naib Johan Kelompok 2
2. Bola Baling - Tempak Ketiga Kelompok 2
3. Olahraga - 1 Perak, 2 Gangsa MSSPk Kelompok 2
4. Memanah - Ketiga Peringkat Kebangsaan

Langgan:
Catatan (Atom)