Selasa, 26 Oktober 2010

MESYUARAT KURIKULUM

Hari: Isnin
Tarikh: 25 Oktober 2010
Tempat : Bilik Gerakan.
Masa : 1.20 Ptg

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010

Peperiksaan Akhir Tahun 2010 hanya melibatkan murid-murid tahun 1,2,3,4 dan 5 sahaja.
Peperiksaan untuk murid tahap 2 bermula pada hari Isnin 25 Oktober 2010
manakala bagi murid tahap 1 pula pada 26 Oktoberr 2010 iaitu pada hari Selasa.
Peperiksaan ini berakhir pada hari Jumaat 29 Oktober.
Semua warga SK Perwira mendoakan kejayaan murid-murid SK Perwira.

PROGRAM LEPAS UPSR 2010

Pelbagai aktiviti dan program yang menarik telah dirancang untuk semua murid tahun 6 yang telah selesai menduduki Peperiksaan UPSR 2010.
Sehubungan dengan itu, Semua Panitia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan mengendalikan aktiviti yang bersesuaian dengan bidang masing-masing.
Antara aktiviti yang telah dirancang adalah :-
1. Ceramah Kerjaya
2. Pertandingan Melukis Poster
3. Melukis dan Mewarna Mural


KELAHIRAN BLOG RASMI SK PERWIRA

Assalamualaikum w.b.t dan salam perpaduan.
Tanggal 26 Oktober 2010 merupakan detik bersejarah dimana sebuah laman blog rasmi SK Perwira telah berjaya dihasil.
Oleh yang demikian, saya selaku editor laman blog ini ingin mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung ke laman blog ini.